JoM SoLat ~

21 May 2013

4
Komen
Input Ceramah Perdana Semalam....


Assalamualaikum semua.......
Semalam Cik P.A. p dgr ceramah perdana oleh Ustaz Syamsul Zaman a.k.a. Ustaz Budak Kecik Kelantan @ MATIN, Perlis.
Memang best sangat la cara penyampaian ceramah beliau.
Macam biasa penceramah2 ni akan bacakan doa utk sekelian jemaah.  Hati Cik P.A. memang rasa makin tenang.

Ok, pasal debaran tu akhirnya terjawab sebab Cik P.A. nak sangat beli Buku Hasil Karangan Allahyarham Ustazah Fauziah Sani yg baru ja kembali ke Rahmatullah pada 18 Mei 2013.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para Solihin. Insyaallah..

Antara input yg Cik P.A. nak kongsikan di sni....

Setiap manusia yang mempunyai harta yang banyak dan kaya hendaklah menginfaqkan hartanya ke jalan ALLAH kerana yg pasti anak dan isteri tidak akan mengiringi kita di alam kubur melainkan amalan kita termasuk sedekah jariah...

Setiap manusia yg diberi jawatan hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan amanah.
Barang siapa yang tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab akan diazab oleh ALLAH S.W.T.
Naa'uzubillaahiminzaalik............

Cik P.A. juga berasa tenang kerana ramai yang dpt maklumat tentang ceramah tu turut hadir.
Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama2 kita tambahan pula dlm majlis-majlis ilmu.
Insyaallah malam ni Cik P.A. akan hadir untuk Kuliyah Maghrib b'sama Baba Khairul Anuar dan majlis bacaan Yaasin serta Tahlil untuk Allahyarham Ustazah Fauziah Sani.

Buat 'awak' yg Cik P.A. kenal dalam salah satu program, Cik P.A. nak ucapkan terima kasih atas sokongan 'awak' yg juga hadir semalam...
:)
(mungkin ni jugak penyebab dup dap dup dap Cik P.A. kot ye...hehehe)
google

20 May 2013

3
Komen
Perasaan Tenang Tapi Malam Ni???Dup Dap...Dup Dap....

Assalamualaikum semua....
Terlebih dulu, maaf sangat2 sebab kdg2 mesti ada yg boring bila tgk blog ni dh kurang entrynya...
Cik P.A. sedikit sibuk dan memang ada jengah2 blog kwn2 cuma tak tggl jejak atau komen je..

Alhamdulillah skrg ni jiwa Cik P.A. rasa tenang sangat dgn p'libatan Cik P.A. dalam kuliyah2 agama...
Memang tak dapat dinafikan setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2...
Untuk itulah, Cik P.A. rasa elok sangat Cik P.A. gunakan masa yang terluang ke kelas agama...
Segala yang disampaikan oleh penceramah iaitu Ustaz2 memang membuatkan Cik P.A. rasa benar2 kuat untuk mendalami agama Islam yang kita anuti..Insyaallah Cik P.A. takkan berhenti berdakwah...(ceewahhh)
Dakwah secara ringkas banyak Cik P.A. manfaatkan dalam FB...bolehlah klik dan add je k...
Kita sama2 nak cari jalan kebaikan...Insyaallah ALLAH akan bersama2 kita...

Berbalik pada tajuk tu...entahlah...Cik P.A. rasa berdebaq lak macam ada sesuatu yg akan terjadi...
Tapi Cik P.A. sendiri xtau apa kebendanya...

So, Cik P.A. doakan Kuliyah malam ni akan berjalan dengan lancar...mudah-mudahan dapat keberkatan kan..

13 May 2013

2
Komen
Solat Dhuha


Solat Sunat Dhuha

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.

وسلام