SAHIBAH-SAHIBAH ANA

11 April 2013

Bersyukur kepadaNYA~

Salam semua...
Lamanya Cik P.A. tak post entry baru...
Sebabnya idea kurenggg...mood tak berapa nak ada...
Okaylah, entry hari ni ialah Bersyukur kepadaNYA...
Sebab apa Cik P.A. letak title ni??sebabnya setiap hari, setiap masa dan setiap saat, DIA (ALLAH S.W.T) sentiasa melindungi kita tak kira apa jua keadaan...malah memberi rezeki tanpa kita sangka2...
Bagi Cik P.A., rasa syukur sangat2 atas anugerahnya termasuklah diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan...
Bersyukur kini dengan bersusah-payah, Cik P.A. berjaya punyai rumah sendiri..
Walaupun tidaklah besar atau mewah...Cik P.A. cuba lengkapkan rumah tu dengan sedikit perabot dan barangan elektrik juga dengan duit hasil titik peluk Cik P.A. sendiri...
Alhamdulillah...
Dan Cik P.A. juga dilimpahi kasih sayang oleh orang sekeliling...
Termasuklah jiran baru Cik P.A. 
Semua tu memang Cik P.A. tak pernah jangkakan selama ni.  Mana taknya, dia sentiasa sama2 berkongsi masalah dan pandangan dengan Cik P.A. Kebetulan dia pun masih single...OOppss Lupa lak...namanya Zalina bt. Dahman a.k.a. Kak Na @ Kak Ina.
Bersyukur kepadaNYA kerana dipertemukan dengan insan2 sekeliling yang sentiasa cuba memahami keadaan Cik P.A. walaupun bukan semua orang dapat memahami isi hati Cik P.A. ni.
Biarlah orang mengata, mengutuk di belakang, yang penting DIA tahu apa kita lakukan..
Cik P.A. juga dimaklumkan bahawa tuntutan elaun pindah rumah pun dah dapat..
Alhamdulillah....Syukur sangat2...walaupun jumlahnya kecil, tetapi bagi Cik P.A. sangat2 bermakna...
ALHAMDULILLAH~


sumber: google